XTI Penang Association

 
TI PENANG
MY LINKS
BARANGAN TI

NEWSPAPERS
INTERNATIONAL
AIRLINES
THE NET
BANKS
MORE LINKS
Sejarah TI Penang
Friday, July 21, 2006
  1. Pada tahun 1956, Y.A.B. Allayarham Tun Abdul Razak bin Hussain (Menteri Pelajaran) mempengerusikan Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran, mencadangkan dua daripada 4 buah Sekolah Tukang (Trade School) menjadi Sekolah Menengah Teknik. Cadangan diterima dan dilaksanakan.
  2. Technical Institute, Penang ditubuhkan pada 1hb. Januari 1958 dengan menumpang bangunan Sekolah Tukang (Trade School) di Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang.
  3. En. Oh Boon Tat dilantik sebagai Guru Besar pertama Technical Institute Penang pada tahun 1958 sehingga 1965.Tuan Haji C.M. Hashim telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pengerusi Jemaah Pentadbiran.
  4. Pengambilan pertama pada tahun 1958 adalah seramai 53 orang murid pangkat C dalam L.C.E. untuk kursus tiga tahun dalam Kejuruteraan Elektrik.
  5. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pertama telah berlangsung pada 15-9-1961.
  6. Kursus Ekspres dalam bidang elektrik bagi tempoh dua tahun telah diperkenalkan pada tahun 1962.
  7. Pada tahun 1963, kelas Tingkatan Enam telah dimulakan.
  8. Mulai tahun 1964, semua kursus dikurangkan menjadi dua tahun.
  9. Pada 04 April 1964, majlis perletakan batu asas bangunan baru telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak. Kawasan baru sekolah terletak dalam kawasan seluas 27 ekar di Jalan Ibbetson, Pulau Pinang.
  10. Pada tahun 1965, Guru Besar pertama telah bersara.
  11. Pada tahun 1965, bangunan sekolah yang baru telah siap dibina ditapak baru dibawah kelolaan Jabatan Kerjaraya (JKR).
  12. Technical Institute Penang telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Januari 1966.
  13. En. Yeong Siew Mun telah dilantik menjadi Guru Besar kedua bagi tempoh 1966 sehingga 1967.
  14. Pada tahun 1966 kurikulum telah disemak semula. Hanya kursus-kursus kejuruteraan mekanikal dan sivil sahaja yang diambil oleh pelajar.
  15. Pada tahun 1966, bangunan baru dan asrama siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Nama sekolah juga ditukarkan kepada Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra.
  16. Pada 19-8-1966, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertaun Agong telah melawat sekolah.
  17. Pada tahun 1968, astaka sekolah telah dibina secara gotong-royong oleh guru-guru dan pelajar sekolah dibawah penyeliaan seorang guru Peace Corps.
  18. Astaka sukan siap dibina pada 06-7-1970.
  19. Pada tahun 1974, Menteri Pelajaran Malaysia telah melawat sekolah.
  20. Pada tahun 1976 projek pembinaan bangunan tingkatan 6 dimulakan dan siap sepenuhnya pada tahun 1977.
  21. Pada tahun 1977 pelajar perempuan ditempatkan di tingkat atas Blok A asrama putera.
  22. Pada 07-6-1980 Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah diadakan. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Rafik Khan, Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Teknik & Vokasional.
  23. Pada tahun 1982, sekolah merayakan Sukan Tahunan Jubli Perak.
  24. Blok Asrama Putera dibina dan siap dalam tahun 1982.
  25. Perletakan batu asas surau sekolah oleh Y.B. Dato Khalil b. Yakob, DSAP, SMP, JSM, Timbalan Menteri Pelajaran pada 10-6-1983 sempena Perayaan Jubli Perak Sekolah. YB juga telah melancarkan Perayaan Jubli Perak Sekolah.
  26. Pada tahun 1982 surau siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.B. Hj. Bujang b. Hj. Ulis, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
  27. Pada tahun 1995 bumbung bengkel diganti dengan 'Metal Deck'

Petikan dari Portal TI Penang

posted by rozhan @ 7/21/2006 11:31:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Locations of visitors to this page

Sign my Guestbook from Bravenet.com Get your Free Guestbook from Bravenet.com

About Me

Name: rozhan
Home: Minden, Penang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Batch 1960s
Batch 1970s
Batch 1980s
Batch 1990s
Batch 2000s
COMPANIES
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 XTI Penang Association Template by Isnaini Dot Com