|
| Ramadhan Al-Mubarak |
| Friday, September 15, 2006 |
Mengikut kalendar kuda saya, umat Islam dijangka memulakan ibadah Puasa di sekitar 24 September. Ya .. Bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi, dan segala kesyukuran kerana kita diizinkan bertemu Bulan yang mulia ini sekali lagi. Kini ramai yang sedang buat kenduri sambut Puasa ... any excuse for a makan ... tak pa lah .. itu budaya kita .. Dalam Forum, ramai yang kini mencadangkan Majlis Berbuka Puasa di kalangan XTI. Saya ingin mencadangan beberapa format untuk memuliakan Ramadhan al Mubarak ini; 1) Majlis Berbuka Puasa - Saya cadangkan kita anjurkan Majlis berbuka Puasa, bukan sahaja antara Batch atau zon TETAPI kita anjurkan Majlis Berbuka XTIPG di rumah-rumah anak Yatim atau Rumah Kebajikan, atas nama TI lah. Dan Bila meraikan di Rumah anak yatim umpamanya, kita huloq lah sedikit sagu hati kepada anak-anak yang tidak beribu dan berbapa ini. Bukan sahaja ikut Batch atau apa pun, saya cadangkan kita buat di SETIAP NEGERI, dan kitan anjurkan gabungan antara Batch di negeri-negeri yang berkenaan. 2) Sedekah ke Kampong - Bulan Ramadhan ialah bulan yang memang paling dianjukan bersedekah. Nabi saw pun dan para sahabat cukup banyak bersedekah pada bulan mulia ini. Saya ingin mencadangkan (macam baca bajet plak .. ) kalau ada yang ingin koordinate kutipan sedekan untuk di beri kepada tempat-tempat yang kita tahu ada orang miskin, boleh juga mereka bersuka ria pada hari raya nanti. Sama ada wang ringgit atau beli barang dan agihkan mengikut rumah tu terpulang lah ..
BAGI PIHAK EXCO EXTIPA SAYA UCAPKAN SELAMAT BERPUASA, MOGA-MOGA ALLAH MEMBERKATI KITA DAN MENERIMA AMALAN PUASA KITA DAN AGAR KITA MENCAPAI KEMENANGAN DENGAN BEREDARNYA BULAN YANG MULIA INI NANTI.
Direktori Rumah Kebajikan Anak Yatim boleh didapati di dalam FORUM
|
posted by rozhan @ 9/15/2006 09:18:00 AM  |
|
|
|
|
| About Me |
|

Name: rozhan
Home: Minden, Penang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
| Previous Post |
|
| Archives |
|
| Links |
|
| Batch 1960s |
|
| Batch 1970s |
|
| Batch 1980s |
|
| Batch 1990s |
|
| Batch 2000s |
|
| COMPANIES |
|
| Powered by |
 |
|