Wah terlalu lambat menghantar berita - sejak masuk pejabat pada hari Isnin, kerja menimbun, dan banyak juga yang perlu dipercepatkan sebab cuti panjang kian menjelang. Tentu semua orang pun begitu juga ..
Pada 14 Oktober, seramai 30 orang XTI Penang telah berkumpul di Asrama TI Penang untuk bersama-sama berbuka puasa. Pada asalnya, terdapat 52 orang yang telah komit untuk datang, tapi malangnya cuma 30 yang menjelma. Di atas kesuntukan masa ketika dan selepas berbuka, tidak ada program khusus yang dianjurkan bersama pelajar, kerana dikhuatiri mereka ingin berehat dan mungkin bersedia untuk menunaikan solat Isha dan Tarawih.
XTI yang hadir telah bersetuju untuk menghadakan perbincangan ringkas, sekaligus mengambil kesempatan kehadiran 30 orang ... maka sebaik shaja solat Maghrib, kami berkumpul semula di Bilik Berbuka untuk berbincang.
Presiden telah mengedar beberapa helaian intipati program yang mungkin dapat di bincang bersama, antaranya;
|