|
| BLOG XTI 93/94 |
| Wednesday, July 26, 2006 |
Fullamak .. sempoi .. lawati lah Blog XTI 93/94 di: http://xti9394.blogspot.com/. Depa dah siap dengan logo dan letterhead. Aktiviti bulanan dari Ogos hingga Disember 2006 juga telah siap dirancang. Wow .... Tahniah, Congratulations, Omedeto guzaimas kepada dyn landak (Pengerusi), mat golok (Naib Pengerusi), nakia (Bendahari), hezrin (Setiausaha), jeli (AJK xtvt) dan pendi gaban (AJK Kebajikan). Saya sudah pautkan ke Blog Ex-TI Penang Association.
Alamat surat-menyurat (sementara) ialah: XTI 93/94 (zon TENGAH) (ex-technical institute 93/94 association) d/a Read Resources,D-0-5, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1,50480 Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan.
Tel : 03-6201 3929; Fax : 03-6201 7929 e-mail : xti9394@yahoo.com Dengak kata XTI 93/94 juga akan menganjurkan PERLAWANAN BOWLING 4 SEBELAH XTI 93/94 ZON TENGAH (TERBUKA KEPADA SEMUA ZON). Untuk maklumat lanjut, boleh lak kontek depa no .... ober n aut.
|
posted by rozhan @ 7/26/2006 09:36:00 AM  |
|
|
|
| Eiffel Tower TI Penang |
| Saturday, July 22, 2006 |
Kalau nak tahu, inilah Tuan empunya binaan Eiffel Tower yang berada di ruang legar TI Penang. Nak tahu siapa dia? - dia lah Chief Police Officer (CPO) of Penang, Y.Bhg. DCP Datuk Christopher Wan Soo Kee. Tower tersebut dibina pada tahun 1968 bersama C.K. Tan. |
posted by rozhan @ 7/22/2006 01:28:00 AM  |
|
|
|
| Sejarah TI Penang |
| Friday, July 21, 2006 |
- Pada tahun 1956, Y.A.B. Allayarham Tun Abdul Razak bin Hussain (Menteri Pelajaran) mempengerusikan Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran, mencadangkan dua daripada 4 buah Sekolah Tukang (Trade School) menjadi Sekolah Menengah Teknik. Cadangan diterima dan dilaksanakan.
Technical Institute, Penang ditubuhkan pada 1hb. Januari 1958 dengan menumpang bangunan Sekolah Tukang (Trade School) di Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang. En. Oh Boon Tat dilantik sebagai Guru Besar pertama Technical Institute Penang pada tahun 1958 sehingga 1965.Tuan Haji C.M. Hashim telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pengerusi Jemaah Pentadbiran. Pengambilan pertama pada tahun 1958 adalah seramai 53 orang murid pangkat C dalam L.C.E. untuk kursus tiga tahun dalam Kejuruteraan Elektrik. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pertama telah berlangsung pada 15-9-1961. Kursus Ekspres dalam bidang elektrik bagi tempoh dua tahun telah diperkenalkan pada tahun 1962. Pada tahun 1963, kelas Tingkatan Enam telah dimulakan. Mulai tahun 1964, semua kursus dikurangkan menjadi dua tahun. Pada 04 April 1964, majlis perletakan batu asas bangunan baru telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak. Kawasan baru sekolah terletak dalam kawasan seluas 27 ekar di Jalan Ibbetson, Pulau Pinang. Pada tahun 1965, Guru Besar pertama telah bersara. Pada tahun 1965, bangunan sekolah yang baru telah siap dibina ditapak baru dibawah kelolaan Jabatan Kerjaraya (JKR). Technical Institute Penang telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Januari 1966. En. Yeong Siew Mun telah dilantik menjadi Guru Besar kedua bagi tempoh 1966 sehingga 1967. Pada tahun 1966 kurikulum telah disemak semula. Hanya kursus-kursus kejuruteraan mekanikal dan sivil sahaja yang diambil oleh pelajar. Pada tahun 1966, bangunan baru dan asrama siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Nama sekolah juga ditukarkan kepada Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. Pada 19-8-1966, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertaun Agong telah melawat sekolah. Pada tahun 1968, astaka sekolah telah dibina secara gotong-royong oleh guru-guru dan pelajar sekolah dibawah penyeliaan seorang guru Peace Corps. Astaka sukan siap dibina pada 06-7-1970. Pada tahun 1974, Menteri Pelajaran Malaysia telah melawat sekolah. Pada tahun 1976 projek pembinaan bangunan tingkatan 6 dimulakan dan siap sepenuhnya pada tahun 1977. Pada tahun 1977 pelajar perempuan ditempatkan di tingkat atas Blok A asrama putera. Pada 07-6-1980 Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah diadakan. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Rafik Khan, Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Teknik & Vokasional. Pada tahun 1982, sekolah merayakan Sukan Tahunan Jubli Perak. Blok Asrama Putera dibina dan siap dalam tahun 1982. Perletakan batu asas surau sekolah oleh Y.B. Dato Khalil b. Yakob, DSAP, SMP, JSM, Timbalan Menteri Pelajaran pada 10-6-1983 sempena Perayaan Jubli Perak Sekolah. YB juga telah melancarkan Perayaan Jubli Perak Sekolah. Pada tahun 1982 surau siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.B. Hj. Bujang b. Hj. Ulis, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1995 bumbung bengkel diganti dengan 'Metal Deck'
Petikan dari Portal TI Penang |
posted by rozhan @ 7/21/2006 11:31:00 PM  |
|
|
|
| Let's Blog guys ... |
| Tuesday, July 18, 2006 |
Hmm ..terdengar cite ada yang agak tak brapa tahu menahu tentang bab BLOG nih .. ye ke? Ni yang anda sedang tengok ni pun BLOG lah ... tak lah susah sangat, tapi kena juga lah baca sket atau ikut arahan je .. yang paling senang (bagi saya lah ..) ialah BLOGGER. Ada banyak lagi provider, itu terpulang kepada citarasa anda ...
Jika anda masih ingat, saya punya cadangan ialah supaya setiap Batch buat Blog mengikut Batch dan saya akan link kan ke Blog saya nih .. Jadi di situ akan terfokus lah hal serta aktiviti berkenaan Batch anda. Forum masih kekal dan ada fungsinya sendiri seperti Announcement, Forthcoming Events, Peluang Keje dan lain-lain. Kita pun dah banyak mendapat manfaat daripada Forum tersebut. Mereka yang memulakan Forum tu, bagi saya telah berjasa besar dalam mengeratkan silaturrahim antara EXTI Penang. Like I always say, things can only get better ...
Ok, panjang plak citenya ... bagi yang berminat membuat blog, saya linkkan site asad untuk anda ikut .. cuba lah, senang je .. Atau sapa nak buat website terus (free lah ...) boleh cuba try site ni ... chow, ober n aut ..
|
posted by rozhan @ 7/18/2006 05:26:00 PM  |
|
|
|
| Pengetua TI ke Putrajaya |
|
Berita terbaru daripada saya .. dalam erti kata yang lain, berita yang saya baru tahu ... tak semestinya cerita itu baru .. dengak kata dah dekat sebulan dah ...
Pengetua TI Penang, Tn. Hj. Wan Mohamad Nasir bin Wan Abdul Rahman kini telah dipindahkan ke Putrajaya .. Kementerian Pendidikan lah kot .. dan masakini jawatan Pengetua Ti Penang dipangku oleh Tuan Haji Mohd Ali Bin Hassan (kita pangge Cikgu Mohd. Ali ... ). Daripada saya, sekalung terima kasih kepada Bekas Pengetua yang telah selama ini memimpin TI Penang dan saya doakan kejayaan di Putrajaya.
|
posted by rozhan @ 7/18/2006 10:05:00 AM  |
|
|
|
| Syarikat ExTI |
| Friday, July 14, 2006 |
Seperti yang telah saya nyatakan dari awal lagi, salah satu fungsi Blog ini ialah untuk menyenaraikan (macam BSKL plak ..) dan mengiklankan Syarikat-syarikat kepunyaan ExTI yang dapat dikongsi bersama. Mana lah tau, kot-kot bisnes akan dapat berkembang, mana lah tau kot-kot nak pakai pekerja atau ingin mempromosikan sesuatu prodak ...
Dengan hasrat ini, mungkin akan tercetus Syarikat BARU yang ingin ditubuhkan oleh ExTI ... sama-sama bleh jadi kaya .. apa salahnya .. rezeki di tangan Tuhan .. kita cari je lah ... who wants to get the ball rolling ... |
posted by rozhan @ 7/14/2006 12:35:00 AM  |
|
|
|
| Bowling di Penang |
| Thursday, July 13, 2006 |
Satu acara BOWLING sedang dirancang untuk XTIPA di Pulau Pinang pada 6 Ogos 2006 (AHAD). Silalah rujuk ke FORUM yang telah saya linkkan di sini untuk mengikuti perkembangan selanjutnya. Nampaknya dah ada dua-tiga Team yang terbentuk. Mungkin mereka di luar kawasan Pulau Pinang dapat bersama, kalau tak main pun kita dapat berjumpa antara satu dan yang lain.
Setakat ini Sdr Ilias (Ombak) yang sedang mengorak langkah. Sapa yang ingin membantu dalam organising the event bolehlah masuk Forum, sumbangkan tenaga apa yang padan patut. Buat keje sorang sikit tak lah beban sangat ... lepaih main kita bleh pi serbu kedai nasi kandak ...
|
posted by rozhan @ 7/13/2006 07:44:00 AM  |
|
|
|
| Lagi Laman XTI .. |
| Wednesday, July 12, 2006 |
Petang semalam (orang Penang kata kelmarin lah .. ), saya pi ronda-ronda kat Internet untuk mencari laman-laman web yang ada sangkut-paut dengan XTI Penang ni .. Jadi ada lah terjumpa empat (4) dan saya berani agak, mungkin ada lagi ... Tapi tu lah, saya pun ronda sat saja ...
Laman yang dijumpai ialah: Kalu ada lagi, habaq mai .. over and out.
|
posted by rozhan @ 7/12/2006 09:02:00 AM  |
|
|
|
| XTIPA Batch Representatives .. |
| Tuesday, July 11, 2006 |
I have already set up LINKS to any blog that any Batch would like to set up so that there can be a more structured collection of xTI from that Batch. There were efforts in the Forum as linked for you to see: http://xtipenang.org/forum/viewtopic.php?t=836&sid=8028a7ecd376a6eff5dd0b8389608417
This was initiated by Farul in his post dated 11 May 2005. Tn Hj Mahamoud in his post dated 7 June 2006 provided this list: The latest list of Batch Representatives:
- 1958 - 1963 - Nisron Alirad
- 1964 - Salleh Nulub
- 1965 - David Cheang
- 1966 - Saman Mohd Ali
- 1967 - Lim Bin Siew
- 1968 - Haji Mud
- 1969
- 1970 - Rosli Ahmad
- 1971 - Rejasli Ramli ( deceased... need a new representative)
- 1972 - Jamaluddin Yusof
- 1973 -
- 1974 - Azhari Abd Rahman
- 1975 -
- 1976 - Badrul Hisham Umar (jibad)
- 1977
- 1978
- 1979
- 1981 - Amir Hamzah/Eric Shah
- 1982
- 1983 - Adnan Osman/Zul Hashim
- 1984
- 1985
- 1986
- 1987
- 1988 - Mohd Shahar Bin Mohd Saad
- 1989
- 1990 - Nurshuhairy
- 1991 - Abdul Kadir Bin Mahamood
- 1992 - Rozelan Zamzuri
- 1993 - Mohd Wazeer Bin Seni Mohamad
- 1994 - Syahrul Rizal Bin Jamalidin
- 1995 - Fuad Zakaria/Azmanshah
- 1996 - Mohd Khairi Salleh(Apek)
- 1997 - Ilias Saad(ombak_jahat)
- 1998 - Puteri Azrin
- 1999
- 2000
- 2001
- 2002
- 2003
- 2004
We still need representation from Batches: 1969, 1971, 1973, 1975, 1977, 1978, 1979, 1980, 1982, 1984, 1985, 1986, 1987, 1989, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 & 2005
I come back to my suggestion that each Batch can set up their own blog and can start dedicating it to the compilation of Batch Members. Then I will link it here if you are kind enough to furnish me with the url. FORUM tu tak pa lah tempat berForum dan diskasyen dan saya berpendapat tak rugi pun kalau kita buat Blog nih ... bukan susah sangat nak buat blog pun ....
|
posted by rozhan @ 7/11/2006 12:49:00 PM  |
|
|
|
|
| About Me |
|

Name: rozhan
Home: Minden, Penang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
| Previous Post |
|
| Archives |
|
|
| Links |
|
| Batch 1960s |
|
| Batch 1970s |
|
| Batch 1980s |
|
| Batch 1990s |
|
| Batch 2000s |
|
| COMPANIES |
|
| Powered by |
 |
|